Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

Love is Chenta

Buat Suamiku Tersayang... Fariff Bin Abdull Rahman..
SILA klik kat gambo ni..

Sayang SAYANG Abang SELAMA2NYA....

My short entri

Tuesday, December 28, 2010

Biru Atau Merah Jambu?

Gambar Hiasan..
Mentang2lah tgh BERBADAN DUA entri sume pasal preagnant je..tp aku tak peduli sebab aku tgh mood excited nk dapt 2nd baby org nak kata pe kata lah "ADE AKU KESAH"
Biru Atau Merah Jambu ? Aku tau korang dah tau colour tu berkait dgn apa kan.. Nak gelak dulu hahahhahhaha...baru nak masuk 11 minggu sebuk pikir gander baby, aku yang sebenarnya nak BABY GIRL time 1st preagnant tapi aku bersyukur sangat dpt MUHAMMAD QAYYUM DHANIAL sebab aku dapat penuhi impian suami aku yang inginkan anak pertama kami BOY.
*
*
*
*
Tidak mengharap tapi ada sedikit harapan untuk mendapatkan BABY GIRL tapi aku sedar ni bukan kerja kita ni semua kerja ALLAH SWT sememangnya aku tidak boleh melawan takdir jika tidak kesampaian. (Puan Zura SYUKURILAH apa YANG DIBERI ye..)
Anak2 mama jgn kecik hati ya mama saja je nak hiburkan hati percayalah BOY atau GIRL kamu tetap anak2 mama yang amat mama sayangi kerna kamu adalah ANUGERAH yang tidak terhingga..
List dibawah name pilihan aku tp aku nak 2 nama sahaja nak digabungkan. Baru mencari nama GIRL sahaja BOY belum ada MOOd nak mencari lagi hikhik..
  1. QISYA = HIDUP DALAM KEADAAN BAIK
  2. ZARA = PUTERI
  3. SOFEA = MENAWAN

p/s = JIka ada candangan untuk nama BOY dgn BESAR hati aku alu2kan..

Monday, December 27, 2010

Mari Membaca

Mingguan Wanita majalah yg kadang2 aku beli banyak info majalah ni tp kebanyakkan iklan je..Boleh diketegorikan best lah..


Ini pula majalah koleksi dari majalah Pa&Ma banyak mengandungi pelbagai informasi lengkap sejak sebelum mengandung sewaktu mengandung dan saat melahirkan. Antara topik penting dan menarik yang disentuh ialah Kaedah Merawat Kesuburan, Persenyawaan, Pengesahan Kehamilan, Morning Sickness, Masalah Kehamilan, Seks Sewaktu mengandung, Pilihan Untuk Bersalin, Persiapan Akhir, Komplikasi Ketika Bersalin, Diet Lepas Bersalin, dan Kembali Langsing Selepas Bersalin. Buku ini turut mengandungi panduan tentang Penyusuan dan Penjagaan Breast.


Koleksi Pa&Ma ke2 tapi yang pertama aku beli sebelum aku membeli majalah Pa&Ma, Wanita, dan Koleksi Pa&Ma 1st ( 40 Minggu Nan Indah ) Tentang Penjagaan Ibu & Bayi ini menyentuh tentang satu pengalaman yang sangat mengujakan dalam hidup iaitu KEHAMILAN. Kehamilan bukan satu misteri sebaliknya keajaiban dan kuasa. Bayangkan sel yang begitu seni mampu berubah dan berkembang menjadi manusia hukhuk hebatkan kuasa Allah SWT. Semua ini adalah tentang kuasa kasih sayang. Saat ini bukan sahaja boleh menyentuh dan merasa kehadirannya di dalam rahim malah akan dapat melihat sendiri bayi dilahirkan kedunia. Aku baca buku ni tanpa jemu walaupun entah brp kali aku dah khatam membacanya, dan tak rugi jika korang membelinya.. (~,^)

Pa&Ma majalah faberet aku dari harga RM6.00 sampai sekarang ni dah RM6.50. Banyak panduan yang dibagi dan ada juga pe yg dibagi aku tak setuju contah ttg breastfeed. Ia menyatakan bahawa psikologi yg membuatkan susu ibu itu kurang aku mmng 100% tidak setuju, kenapa? aku akan ceritakan sebabnya yang membuat aku tidak setuju pada entri aku yg akan datang..

Sunday, December 26, 2010

Morning Sickness


Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang Morning Sickness atau alahan semasa mengandung ..


Definisi MS atau alahan :-


- Alahan semasa mengandung sering dikaitakan dengan loya2, muntah2, pening2, dan perut rasa sebu atau tidak selesa. Keadaan ni biasa berlaku semasa bangun pagi dan ada yg mengalaminye sepanjang hari, aku plak tidak menentu kdang2 pagi2 kadang2 tidak menentu. Ni berlaku pada kandungan trimester pertama sahaja.


Pengalaman aku :-


- Pada awal aku mengandung alahan aku teruk sampai malam nak tido pun muntah2 klu loya2 tu tak pelah juga sbb aku bolehlah tahan, Sekarang ini alahan aku sudah kurang cume loya2 je. Semasa aku mengandungkan Qayyum aku tidak mengalami alahan sebaliknya husband aku yg kena....sian husband aku..Ingat lagi time dia exam sampai lembik aku tgk asyik muntah2 je tu lah penangan mengandung sulung hikhik....Tapi kasih Ibu sampai ke syurga, emak aku semasa mengandungkan kami 3 beradik mak aku kene alahan yang teruk dari mengandung sampai hari nk bersalin bukan itu saja mak aku tak boleh bau2an wangi, busuk dan paling pelik sekali bau plastik kedai yg warna oren, merah dan kuning patut dijauhkan darinya..itulah mak aku..


Berbalik pada fakta bukan auta...


Punca alahan ni masih belum jelas dan banyak penyelidik menyatakan bahawa alahan ini adalah berpunca dari perubahan hormon dan fizikal semasa mengandung. Ada juga aku baca disebabkan paras gula yang tak seimbang..Mungkin sebab tu ramai ibu2 mengandung mudah sgt terkena Kencing manis, ni andaian aku je tau bukan nyer fakta..


Kesan alahan terhadap kesihatan sedikit sebanyak mengganggu aktiviti2 seharian kite termasuk emosi kita sendiri yg menyumbang kepada berlakunya sterss. Kadangkala akan membawa kurang keinginan untuk bersama ehem..ehem..uhhh tetibe plak sakit tekak hahahha (para suami harap memahami situasi si isteri sila berikan kerjasama ya ). Jika alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan balik, baby kemungkinan akan kekurangan nutruisi dan perkembangannya akan terganggu...sebab itulah ada ibu2 yang mengandung sampai masuk wad disebabkan alahan yg teruk....


Aku syorkan ( ni sume aku bace dr sumber2 yg boleh dipercayai dan juga aku kutip dari pengalaman2 org lain.



  • Banyakkan minum air masak sekurang2 nyer 2 jug sehari bagi mengelakan dehidrasi.

  • Makan boleh ape saja nak makan tapi elak dari makan makanan yang pedas, bergoreng dan berlemak. Klu aku suke makan lauk singgang atau asam rebus uurrmmm sampai mengirup pinggan...

  • makan makanan yg sejuk dari makan makanan yg panas kerna makanan panas kuat baunye ( panas2 baru sedapkan )

  • Ready limau tak kira jenis limau untuk elakkan mual, mual saja hidu je bau limau tu.

  • Banyakkan berehat sebab klu banyak buat keje takut alahan akan menjadi teruk.

  • Paling penting jgn biarkan perot kita kosong makan dalam 2 atau 3 jam sekali tp bukan dgn kuantiti yg banyak macam kite makan tengahari tau cukup sekadar 2 keping biskut atau buah.

  • Pengambilan vitamin alahan yang telah disyorkan oleh Doctor.(Aku penah amik dan sekarang aku x makan nye lagi, sebab makan bila perlu tp selepas muntah2 sahaja)

Jika apa yg aku syorkan tidak menjadi sila rujuk pada yang pakar iaitu Doctor.


Hari ni sampai sini saja topik untuk kali nie jumpe next entri ye..



Thursday, December 23, 2010

Permata Hatiku MQD dan Sebalik kelahirannya..

Permata hati mama & papa....



Nama : Muhammad Qayyum Dhanial Bin Fariff (MQD)

DOB : 09 / 09/ 2009 19 Ramadhan 1430

Berat : 3.20 kg ( time lahir )

Tinggi : 50 cm ( time lahir )



Wahh rajinnye aku hari ni entri pagi2 lagi..Aku nak cerita tentang anak aku yang sorang ni. MQD adalah singkatan aku buat dr nama penuh dia yg tertera diatas, Qayyum panggilan kami sume untuk dia dan dia pun de name timangan lain iaitu Iman.. pe nak tau kenapa Iman? Time baby dia asyik x berapa sehat so aku jumpe lah Si Polan yg pandai perubatan tradisional ni, Si Polan tu bagitau nama anak aku tu berat so anak aku x boleh bawa kenelah di ganti dgn nama panggilan selain nama yg ada...( urmm ada ke kes camni ) Tapi nama Iman tu bertahan beberapa bulan je lepas tu kami sume panggil Qayyum balik..Teringat plak dgn mama muda berusia 18 thn semasa aku bersalin di hospital. Dlm wad biasalah yg tak kenal jd cam kenal bertahun2 becerita macam2 isu dan berbab2 plak tu (~,^) dia betanye kat aku " akak dah ade nama baby ke " aku menjawab " dah de, kenapa ?" dia plak tanyer lagi " pe namanya? " dan aku pun menjawab lagi "Muhammad Qayyum" ( banyak nye soal jwb ni kan ) " Qayyum tu berat maknenye kak anak buah saya x boleh bawa sampai tukar nama lain " dia cakap camtu aku x amik port langsung sekadar layan je, time anak aku kene tukar nama panggilan aku baru teringat pe yg dia katakan kat aku.



Ngam2 9 bulan mengandung aku bersalin so awal 10 hari lah. Nak tanye ni,korang percaya tak dengan mimpi? Kebanyakkan mimpi tu mainan tido dan juga mainan syaitonnirajim Subahanallah. Aku dpt dua mimpi yg benar pertama, semasa aku mengandung 7 bulan ++ aku mimpi isi form untuk surat beranak dan Mykid, aku tulis nama lelaki dan lepas 2 minggu mimpi tu, aku bleeding aku kene masuk wad atas sebab placenta aku turun sedikit, 3 hari gak aku check in kat wad hikhik.. hari ke 2 di wad aku kene g scan untuk tgk placenta aku dh naik ke belom, baru je letak alat scan tu doctor bagi tau " Baby U de 2 bijilah " siot je ayat dia tau, so aku paham ar maksud doctor tu kan dh tentu boy...

Kes kedua..
5.45 am 08/09/2009

Dua malam sebelum aku bersalin aku mimpi bersalin, bangun pagi aku bediri de air kuar aku sangkakan aku kecing malam ngompol kate org jawe hikhik, aku buat x tau je aku amik kain terus lap lepas tu aku boleh lagi pi gosok baju keje dan siapkan bearkfast pagi tu. Aku ceritalah mimpi aku kat husband aku time breakfast dia tanyer aku ok ke klu x dia cuti aku ngan poyo kate aku ok dan suruh dia pegi keja...

7.50 am

Selepas dia pegi keje aku siap2 nak pegi klinik desa Olak Lempit ( lepas nikah aku dok sana sbb husband keje dekat Kajang kitorang cari rumah sewa yg hampir2 tgh antara ofis aku dan dia) wah siap pakai baju keje ni dgn pas keje tergantung kat leher aku ni. Sampai sana sume pandang aku sbb time tu bukan untuk ibu2 ngandung tp untuk kanak2 nurse tu tanyer kenape datang dan aku becakap sekadar nk tanye air ketumban tu warne pe ye? nurse tu kate putih dan kuning2 siket, tak semene2 mencurah2 air ketumban kuar, dan mmg sah tu air ketumban...tu lah mimpi kedua kau yg betul2 terjadi......Dalam kejadian tu aku betul2 tak puas hati ngan nurse tu sebab dia lepas tangan tak nk hantar aku g hospital dia suruh aku pi drive sdr ke Banting time tu malas dok tekak yang penting keselamatan anak aku ni....

8.15 am

Sesampai je kat hospital aku parking kete aku amik segala yang penting dan yg paling penting buku pink yang sentiasa kemane je aku pergi. Orang2 sekeliling pandang aku maybe sebab seluar aku dh lecun dek dgn air ketumban, masuk wad terus dibawa aku masuk labour room dan nurse check jantung dan pegerakkan baby alhamdullah ok dan active...dah tu aku kene cucuk sana sini tang montot aku kene cucuk gak sbb air ketumban dah kuar dan jalan nyer x buka langsung.....tgh2 dok kene cucuk husband aku call ni memang kebiasaan nyer dia akan call dan bertanye aku dh sampai atau belom kat ofis, tp hari tu aku bgtau yg aku dh sampai labour room teperanjat dia, aku suruh dia call ofis dan orgtua aku untuk bgtau hal ni sbb dlm labour room mane boleh gune handphone...


11.25 am

Aku sudah terasa sakit nak bersalin sakit ni mula dgn 10 minit sekali..Alhamdulillah dlm kesakitan org2 tersayang de disisi aku...Aku tidak boleh duduk diam asyik bejalan je untuk tahan kesakitan..Dalam jam 12.00 pm sakit aku start 5minit sekali aduhh tuhan je yang tau pe yang aku rase...keluar masuk labour room aku tak kire tp banyak kali gak lh check baby dgn jalan sekali..

10.20pm

Jalan baru buka 1 cm je uhhh jauh betul ke 10 cm....husband aku tetap setia menunggu di luar wad...Untuk pengetahuan korang sume aku x jamah makanan sekadar air putih je, xde sape yg larat nk makan time sakit2 baru nganga je sakit tu dtg kebetulan plak tu bulan puasa.. Aku try tido tp x boleh nk lelapkan mata asyik menahan sakit dan menangis je...


3.00 pm 09/09/2009

Aku bagitau dekat staff nurse yang aku sakit betul2 sakit kire2 3 -4 minit sekali aku masuk labour room check jalan sudah buka 3 cm wahhhh lame nyer.....husband tgk aku xde dekat katil je dia tau aku kat labour room dia mesti ingat aku tgh bersalin hikhik kuar je dia tanyer berape dh buka....

7.10 am

Tak sempat aku nk makan aku dh merengek dekat staff nurse aku sakit dh 2 minit sekali nie dia terus bawa aku masuk labour room.. derang masukkan air sebab aku x makan dan minum dan check jantung baby lagi...aku dh gelisah pantang nampak nurse aku panggil suruh urut belakang aku sampai de nurse cakap nnt hidung anak akak pesek nnt tau, aku cakap x kesahlah sbb aku tgh sakit sgt2....

8.00 am

Staff nurse check jalan lagi baru buka 4 cm dan bagi ubat dan masukkan dlm montot aku untuk aku buang segala isi perut hukhuk...aku tukar uniform konon2 nak besalin lah n the aku kene induce untuk tolong baby kuar sbb air ketumban aku sudah kuar 24 jam....


11.05 am

Sakit lebih dari sakit sebelum ni dan terase nak buang air besar bile aku bgtau kat nurse dia tgk jalan dan dia bgtau nk buang buang je kat katil ni tak pe nanti de org bersih kan...Sekali lagi dia check jalan, dia suruh aku teran aku tanyer " kenapa? jalan saya dh buka 10 cm ke? " dia jawab ya so pelagi aku dok teran ar tp aku tak kuat dan takde tenaga mungkin sebab aku tak makan...

11.45 am

Ya Allah begini lah rase emak aku melahirkan aku....Teran2 sekuat2nya tp x berhasil gak..aku mintak air nak minum ade Sister tanye adik nak air putih atau milo aku bgtau bagi je lah dua2..Aku stop teran kejap nk minum dulu...

12.00 pm

Kali ni dah masuk 3 org yg nak bidan aku akhir sekali Dr india lelaki nama dia Dr. Alvin mcm2 cara dh buat sampai kene pakai kekuda ( palang besi untuk letak kaki ), selain tu Dr. Alvin luruskan kaki aku dan ditolak tp x berjaya gak...sampai aku mintak operation atau vakum staff nurse bgtau vakum ni x berapa elok untuk otak baby dan dia pasti yang aku boleh melahirkan...

12.30 pm

Akhirnya insan yang aku nantikan selama 9 bulan betul ada didepan mata Ya Allah besar nikmatmu kepada hambamu ini..Aku lah Supermama 2nd time nnt aku dh tau camne caranye dn tau berapa lame aku nk besalin aku nak mkn sepuas2nye cam kawan aku ckp dia dh dpt tanda dia pi singgah mcD dia singgah Pizza dan dia singgah KFC untuk kumpulkan tenaga cz dia pun 1st kes cam aku Alhamdullah dia kate senang nk bersalin...

Inilah pengalaman aku untuk berkongsi dengan korang semua...Aku menahan sakit bersalin semala 24jam kebiasaannya rasa sakit bersalin tu dlm belas2 jam je...Sesungguhnya kesakitan itu adalah penghapus dosa2 kecil kita.. (~,^).....

Wednesday, December 22, 2010

Serabai......


Macam mane buat blog cantik, kemas dan teratur ye?

Tadi aku de dok tinjau blog Naxa ternampak plak aku blog salah sorang member dia ( BELOG CAP AYAM ) tertarik, terpikat mmng cantik dan teratur blog dia membuat aku so......jeless. Penat aku dok belek2 blog aku last2 serabai jadinyer, ade diantara kamoo sume dpt ngajo aku utk buat blog klu x cantik tp sedap mate memandang nyer...Tunjuk ajarku sifu!... Lagi satu aku penah reg. kat nuffnang tp haremm x leh langsung..malang sugguh nasib gue hukhuk uwaaaaa....

Pe yg harus aku lakukan nyer selain menggondam segale web yg de berkaitan ngan blog nie ye kawan2?....

Tuesday, December 21, 2010

Teringin atau Teringat???

Ni lah isi Dia

Buah muda




Buah Markisa




Buah Markisa atau buah susu buah yg aku skrng terase sgt nk makannye..Urmmm sedapnyer klu buat jus tambah pulak ngan air limau nipis segerrrr sungguh. Sebelum ni aku pernah mkn itu pun member husbnd aku bg sekali tu lah aku mkn. Lepas mkn buah tu aku ingat nk tanam ar biji2 buah tu nthen aku letak ar kat belakang dapo umah untuk keringkan, nak di jadikan cerite ayah aku pi amik n pi letak kat stor, bila aku nk ayah aku x dpt nk cari mane pegi biji2 tu..urmm x de rezeki nk tanam buah markisa tu klu x sekarang ni x payah aku nk mencari2 buah ni kan...Dgn husband aku suruh dia bertanyekan kawan dia beli dekat mane..mintak2 x jauh lah lokasi mencari tu klu x kesian sungguh husband aku nk mencarinye.




1st time aku mengandungkan Qayyum aku ngidamkan buah delima, teringat aku sampai bapa mertua aku cari seluruh pasaraya kat Shah Alam yg ada pun busuk, dgn usaha aku n husband kitorang dpt cari kat Tesco Extra Shah Alam walaupun muda aku bedal juga tp bukan itu je reziki aku ada lagi, time tu husband aku masih betugas dekat Maktab Penjara Kajang kawan dia kakitangan penjara bagi 3 biji lagi buah delima tp ni yg pioo punyer segar dr kampung hikhik...Berbeza rasenya antara buah import dan tempatan, tempatan rasenyer manis dn kaler dia merah sungguh perhhh sodap!!!!...Alhamdullah aku setakat ni aku tidak ngidamkan sesuatu yg tidak sepatutnyer...Aku penah post kan cite ngidam ini dlm ( Pantang Larang Semasa Mengandung )




Kepada sesiapa yg tau dimana boleh aku dptkan buah nie sila bgtau yer, aku amat menghargainya.....