Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Puting Kopek

Diam tak diam sudah sebulan lebih Qayyum becerai dengan puting. Alhamdulillah inilah berkat kesabaran aku dan suami, kami hanya guna psikologi sahaja.

JAPLO hanya jenama ini menjadi pilihan dia walaupun dia belum tahu membaca lagi..Herankan macam mana dia boleh bezakan puting berjenama lain dengan feveret JAPLO dia tu..urmm mungkin lembut atau keras puting tu kot.

Bagaimana aku dan suami buat sampai dia becerai dengan puting? Sebenarnya dengan kelakuan Qayyum sendiri buat aku dan suami terdetik niat nak ceraikan puting lagi pun gigi dia sudah mula naik lama-lama jongang tak enchem nanti hihihi. Dalam 2 bulan sebelum dia bercerai puting dia suke baling puting dia merate-rate, kadang-kadang dia sengaja sorokkan sendiri bila sampai malam nak tidur mula merengek nak puting. Dalam almari suami ada simpan puting yang lama-lama maksudnya bukan yang dah bekulat tapi puting dari jenama lain dan puting Qhalysh jenama JAPLO. Tak dapat cari yang dia baling entah kat mana amik 1 dan seterusnya sampai last sekali aku bagi puting dia yang aku beli time mengandungkan dia dulu.Hahahaha lama sangat aku simpan puting ni, gara-gara puting dia bentuk THUMB tu yg dia tak suka..

"Qayyum ini yang terakhir lagi pun Qayyum dah ada adik, adik pun tak suke hisap puting sampai puting adik Qayyum pakai. Lagi 1 Qayyum dah nak sekolah pergi sekolah bawa puting nanti member-member ejek kan nanti Qayyum juga malu"

Ni lah Puting Hallmark Pertama Terakhir Qayyum
 Baru je Snap Sebab Puting tu ada Dalam Handbeg aku




Hari terakhir dia hisap puting ni 20/11/2011

Qhalysh hari pertama berputing kopek..
Kenapa aku bagi dia hisap puting?? sebab masa ni kene catu susu asyik susu je sampai berbelas botol sehari dia nyusu. Orang kate klu hisap puting waktu menyusu dia dapat dikurangkan tapi memang pun. Qhalysh memang nak hensem tak sampai umur dia 2 bulan dia dah tolak puting, tapi tak tahulah akan datang dia mintak puting harap-harap janganlah.


Masalah sekarang dia tak nak hisap puting tapi dia suke hisap ibu jari tangan sampai meleleh air liur dia, klu dia masuk sume jari dlm mulut dah macam bunyi orang mengandung mabuk plak....






Thursday, December 15, 2011

Qhalysh Iman Sudah 5 Bulan


Qhalysh Iman sudah 5 bulan ++ keletah dia dah macam-macam sampai penat Mak Wan dia nk layan...
Sekarang tidur petang mesti nk tunggu aku balik, mintak main2 dh tu mintak aku tidurkan, klu bukan aku urmmm berjam-jam enjut dia takkan tidur....Qhalysh oh Qhalysh..

Perangai dia manja pemurah plak tu dgn senyuman...Bukan memuji tapi itulah dia Hero Sepet aku, tp tak taulah bila dah besar siket perangai dia berubah, tp di bandingkan Qayyum ketika ini dia buat muke masam dia je susah lah nk buat dia tersenyum atau tegelak.

Kemajuan dia capai setakat ini tegolek-golek dari sudut ke sudut katil, dari atas toto ke atas lantai. Meniarap dah pandai berpusing 360 darjah. Paling ngade-ngade tak boleh nampak org berdiri sure mintak didokong sambil hulur tangan dia, bila didokong dia akan menoleh orang yang pegang dia sbelum tu sambil tersenyum2. Bab tidur plak dia still dibendung sebab klu tak di bendung dia tak boleh tidur, bila mengamuk nak tidur kite masuk dia dalam buai tanpa dibendung dia mengamuk mintak di bendung, bila dah di bendung mengamuk juga..urmmmm letih dibuatnye....waktu malam aku tidurkan dia dlm buai dulu bila dah nyenyak aku angkat letak kat katil dan buka bendung dia, mengeliat dia bukan main sekali siap muncung2 mulut dia. Tidur dia juga lasak kadang2 badan dia melintang kat kepala katil, de sekali en suami terbangun tgk dia lagi sekaki dari tepi katil kalau en suami tak terbangun time tu alamat kedeBoom dia jatuh katil..Bantal2 n boster dia kite susun cantik2 sblum tidur bile dia dah kat kawasan tu habis dia ubah walaupun dlm tidur dari kanan ke kiri , dari kiri ke kanan tu belum lagi dari bawah ke atas, dari atas ke bawah.

Bab aku tak puas hati bilalah air liur dia nak stop meleleh orang jawa kate ngences lagi 1 muntah susu orang jawe kate dugal..hohoho berapa banyak orang jawe kate camni lah klu kite hidup dlm kawasan majoriti Jawe sedikit sebanyak kite tau dialek dorang yg pasti aku BANJAYU = banjarians + Melayu....ishhh dah lari tajuk nie. 

Untuk Qhalysh mama tak sabar nak main kejar-kejar macam mama dengan abg...Panggilan Mama Qhalysh sudah pandai..

Thursday, December 1, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 3..

Assalamualaikum abg...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yg ke3..
Syg rase macan sudah lame je kite kawen..

Alhamdullah kita telah dikurniakan 2 permata yg menjadi pengikat kasih sayang antara abg dan sayang..
Hero plak tu moga-moga mereka dapat menjaga kite kelak...

Sepanjang perkawinan kita ini syg rase bahgia sgt walaupun ade ketika kite bertikam lidah..
Dengan bertikam lidah tu lah kite tahu segala kelemahan kite sebagai pasangan suami isteri..btul tak..btul tak...abg..

Syg berdoa agar JODOH kite kekal didunia dan akhirat,
begitu juga JODOH kite dgn anak-anak..
Amin..amin...