Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2011

Puting Kopek

Diam tak diam sudah sebulan lebih Qayyum becerai dengan puting. Alhamdulillah inilah berkat kesabaran aku dan suami, kami hanya guna psikologi sahaja.

JAPLO hanya jenama ini menjadi pilihan dia walaupun dia belum tahu membaca lagi..Herankan macam mana dia boleh bezakan puting berjenama lain dengan feveret JAPLO dia tu..urmm mungkin lembut atau keras puting tu kot.

Bagaimana aku dan suami buat sampai dia becerai dengan puting? Sebenarnya dengan kelakuan Qayyum sendiri buat aku dan suami terdetik niat nak ceraikan puting lagi pun gigi dia sudah mula naik lama-lama jongang tak enchem nanti hihihi. Dalam 2 bulan sebelum dia bercerai puting dia suke baling puting dia merate-rate, kadang-kadang dia sengaja sorokkan sendiri bila sampai malam nak tidur mula merengek nak puting. Dalam almari suami ada simpan puting yang lama-lama maksudnya bukan yang dah bekulat tapi puting dari jenama lain dan puting Qhalysh jenama JAPLO. Tak dapat cari yang dia baling entah kat mana amik 1 dan seterusnya sampai last sekali aku bagi puting dia yang aku beli time mengandungkan dia dulu.Hahahaha lama sangat aku simpan puting ni, gara-gara puting dia bentuk THUMB tu yg dia tak suka..

"Qayyum ini yang terakhir lagi pun Qayyum dah ada adik, adik pun tak suke hisap puting sampai puting adik Qayyum pakai. Lagi 1 Qayyum dah nak sekolah pergi sekolah bawa puting nanti member-member ejek kan nanti Qayyum juga malu"

Ni lah Puting Hallmark Pertama Terakhir Qayyum
 Baru je Snap Sebab Puting tu ada Dalam Handbeg aku




Hari terakhir dia hisap puting ni 20/11/2011

Qhalysh hari pertama berputing kopek..
Kenapa aku bagi dia hisap puting?? sebab masa ni kene catu susu asyik susu je sampai berbelas botol sehari dia nyusu. Orang kate klu hisap puting waktu menyusu dia dapat dikurangkan tapi memang pun. Qhalysh memang nak hensem tak sampai umur dia 2 bulan dia dah tolak puting, tapi tak tahulah akan datang dia mintak puting harap-harap janganlah.


Masalah sekarang dia tak nak hisap puting tapi dia suke hisap ibu jari tangan sampai meleleh air liur dia, klu dia masuk sume jari dlm mulut dah macam bunyi orang mengandung mabuk plak....






No comments: