Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 16, 2011

Page Belakang Sekali.....

Orang kate 1 je yg boleh percaya kat newspaper ni.....

Berikut adalah :-

1st Price!!!!
No plate Kete Husben....
(Ramai yg menonggeng x beli hikhik mentang2 no tu x cantik, bak kate org cina no 4 tu no mati)

Selang 3 hari no tu naik tempat lain plak de gak yg frust sbb 8 sudah betukar 3.


Sebalik no ni naik de cerita sebenarnye...

Monday, June 13, 2011

Meh kite kongsi info....

Apakah tanda-tanda hampir bersalin? Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

Bayi turun ke bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut


Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Bila Perlu ke Hospital??

Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.
  • apa saja masalah yang dialami.

Sunday, June 12, 2011

Sabarlah Sayang......

semacam 18sx plak bunyinye kan......

MQD (Muhammad Qayyum Dhanial)

Sebenarnya aku takde idea untuk menulis belog ni disaat2 akhir.. maksud aku trimester ke3 yakni trimester akhir mengandung..fikiran aku hanya dapat fikir bilalah dpt lihat baby 'Q'...camnelah penerimaan Qayyum dgn baby 'Q'...bolehke Qayyum berkongsi apa saja dgn baby 'Q'...mudah2an persoalan yg bermain kat fikiran aku ni mendapat jawapan yg positif nanti.....( Cant wait for the time....)


Wednesday, June 8, 2011

Kalau berpacaran.....

jeng..jeng..jenggggggg..
*
*
*


35 weeks 5days..

Bergambar dihari Rabu bersama Baby "Q" ( inside ) hukhuk.. dulu time mengandungkan Qayyum de gak bergambar tapi dlm handphone je dan x pernah dimuat naikkan dimane2 Laman Sosial, tapi syg kenangan pertama kali mengandung dan gambar qayyum di hari pertama hilang begitu saja dari akibat kecuaian en suami..Sedih memang sedih tp pe nk buat..klu de Doraemon bley ar pijam mesen mase dia untuk dapatkan tu sume....urmm kite lupekan cite handphone kokak aku yg dh hilang  dgn segala memori indah aku....

hari ni aku pergi klinik cek perot lg dn kene scan lagi..wahhh doctor ni suke scan2 tau, tp x pe aku dpt jumpe kesayangan beta baby "Q"....Sehat, berat badan dia pun dh 2.85 kg..air ketumban pun paras ok, plasenta pn diatas dan kepala baby "Q" pn berada di bawah....kali ni berat aku x naik menten je padahal aku rase aku punye selera kuat je dlm 2 minggu lepas....start minggu depan aku dah start cek perut seminggu sekali tp aku mintak cek 2 minggu sekali buat yg terakhir kate aku kat adik nurse tu sbb aku de jumpe pakar pemakanan....jumpe pakar ni sume sebab doctor ganti bln 4 yang lepas dia yg order time tu berat aku baru naik 3 kg dh kecoh2 nak aku jumpe pakar pemakanan tu...nak x nak terpakse aku ikutkan gak.....

cukup buat hari ni klu de idea untuk menulis aku akan kongsi dgn korang sume ye.....

Monday, June 6, 2011

Si Kembang Semangkok..

34 minggu 6 hari

dagu dh belapis2 tu pun dh baik punya cover tapi still nampak lagi..