Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 26, 2010

Morning Sickness


Hari ini aku nak berkongsi cerita tentang Morning Sickness atau alahan semasa mengandung ..


Definisi MS atau alahan :-


- Alahan semasa mengandung sering dikaitakan dengan loya2, muntah2, pening2, dan perut rasa sebu atau tidak selesa. Keadaan ni biasa berlaku semasa bangun pagi dan ada yg mengalaminye sepanjang hari, aku plak tidak menentu kdang2 pagi2 kadang2 tidak menentu. Ni berlaku pada kandungan trimester pertama sahaja.


Pengalaman aku :-


- Pada awal aku mengandung alahan aku teruk sampai malam nak tido pun muntah2 klu loya2 tu tak pelah juga sbb aku bolehlah tahan, Sekarang ini alahan aku sudah kurang cume loya2 je. Semasa aku mengandungkan Qayyum aku tidak mengalami alahan sebaliknya husband aku yg kena....sian husband aku..Ingat lagi time dia exam sampai lembik aku tgk asyik muntah2 je tu lah penangan mengandung sulung hikhik....Tapi kasih Ibu sampai ke syurga, emak aku semasa mengandungkan kami 3 beradik mak aku kene alahan yang teruk dari mengandung sampai hari nk bersalin bukan itu saja mak aku tak boleh bau2an wangi, busuk dan paling pelik sekali bau plastik kedai yg warna oren, merah dan kuning patut dijauhkan darinya..itulah mak aku..


Berbalik pada fakta bukan auta...


Punca alahan ni masih belum jelas dan banyak penyelidik menyatakan bahawa alahan ini adalah berpunca dari perubahan hormon dan fizikal semasa mengandung. Ada juga aku baca disebabkan paras gula yang tak seimbang..Mungkin sebab tu ramai ibu2 mengandung mudah sgt terkena Kencing manis, ni andaian aku je tau bukan nyer fakta..


Kesan alahan terhadap kesihatan sedikit sebanyak mengganggu aktiviti2 seharian kite termasuk emosi kita sendiri yg menyumbang kepada berlakunya sterss. Kadangkala akan membawa kurang keinginan untuk bersama ehem..ehem..uhhh tetibe plak sakit tekak hahahha (para suami harap memahami situasi si isteri sila berikan kerjasama ya ). Jika alahan terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan balik, baby kemungkinan akan kekurangan nutruisi dan perkembangannya akan terganggu...sebab itulah ada ibu2 yang mengandung sampai masuk wad disebabkan alahan yg teruk....


Aku syorkan ( ni sume aku bace dr sumber2 yg boleh dipercayai dan juga aku kutip dari pengalaman2 org lain.



  • Banyakkan minum air masak sekurang2 nyer 2 jug sehari bagi mengelakan dehidrasi.

  • Makan boleh ape saja nak makan tapi elak dari makan makanan yang pedas, bergoreng dan berlemak. Klu aku suke makan lauk singgang atau asam rebus uurrmmm sampai mengirup pinggan...

  • makan makanan yg sejuk dari makan makanan yg panas kerna makanan panas kuat baunye ( panas2 baru sedapkan )

  • Ready limau tak kira jenis limau untuk elakkan mual, mual saja hidu je bau limau tu.

  • Banyakkan berehat sebab klu banyak buat keje takut alahan akan menjadi teruk.

  • Paling penting jgn biarkan perot kita kosong makan dalam 2 atau 3 jam sekali tp bukan dgn kuantiti yg banyak macam kite makan tengahari tau cukup sekadar 2 keping biskut atau buah.

  • Pengambilan vitamin alahan yang telah disyorkan oleh Doctor.(Aku penah amik dan sekarang aku x makan nye lagi, sebab makan bila perlu tp selepas muntah2 sahaja)

Jika apa yg aku syorkan tidak menjadi sila rujuk pada yang pakar iaitu Doctor.


Hari ni sampai sini saja topik untuk kali nie jumpe next entri ye..